WELCOME TO THIS PAGE!!!

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi ilmu akan berkembang jika di gunakan..

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah dari melaksanakan sepotong pesanan...

KONTENA

Wednesday, January 12, 2011





Apa itu Kontena?
Kontena atau peti pengangkutan ialah unit simpanan boleh guna semula yang digunakan untuk mengangkut barangan dan bahan mentah antara kawasan atau negara. Kontena dibina mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti "ISO Standard", "ASA Standard" dan "ISO Inland Standard" manakala "kontena kiub tinggi" (high cube container) merujuk kepada kontena yang lebih tinggi dari saiz normal.

Secara umumnya, di Malaysia senario panggunaan kontena adalah bersaiz 20 kaki atau 40 kaki panjang.. Kontena bersaiz 20 kaki ini dikenali dengan "Twenty Equivalent Unit"(TEU). Bagi yang panjang 40 kaki ia biasa
juga di sebut sebagai 2 TEU (two TEU). Kadang kala 2TEU juga di sebut sebagai "Forty-foot Equivalent Unit" (FEU).

Struktur binaan kontena biasanya terdiri daripada steal, aluminium dan plywood (inland). Bahan yang digunakan dalam pembinaan kontena ini adalah tahan karat dan mampu menyokoh bentuk struktur kontena. Rangka badan kontena merupakan struktur terpenting dalam menjamin ketahanan sesebuah kontena.

Penggunaan kontena adalah sangat fleksibel dimana ia boleh memuatkan barang untuk dihantar dari satu tempat ke satu tempat yang lain (from point of origin to point of consumption). Pergerakan kargo (general cargo) boleh juga mengunakan conventional ship.

Dalam industri ini, kontena dibahagikan kepada beberapa jenis seperti :
  1. General Purpose Container
  2. Open Side Container
  3. Reefer Container
  4. Ventilated Container
  5. Half Height Container
  6. Platform Container
  7. Tank Container
  8. Flat Rack Container
  9. Bulk Container
  10. Open Top Container
  11. High Cube Container
  12. High Cube Reefer Container

source by : Mr. Kasypi Mokhtar, Lecturer of Container System, UMT

0 comments:

Post a Comment