WELCOME TO THIS PAGE!!!

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi ilmu akan berkembang jika di gunakan..

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah dari melaksanakan sepotong pesanan...

UBAT JIWA YANG GELISAH

Wednesday, March 21, 2012


Tatkala manusia saling berkejaran mencari kesenangan dalam hidup pasti ada yang sedang di uji oleh Yang Maha Besar. Ujian yang di hadapi merupakan satu kebaikan kepada kita, kenapa? Melalui ujian yang diberikan kadangkala manusia akan sedar akan kejahilan diri mereka. Allah S.W.T tidak pernah memberi ujian kepada hambaNya yang tidak mampu ditanggung.

Kelalaian oleh nikmat dunia kadangkala membuat manusia sering lupa mengenai Tuhan yang mencipta kita. Pernahkah kita bersyukur dengan setiap nafas yang diberikan? Bagaimana jika Allah memberhentikan nikmat menyedut oksigen? Sudah pasti kita tidak mampu berbuat apa-apa, namun Allah Maha Menyayangi hambaNya dengan memberikan nikmat bernafas.

Pernah seorang rakan yang hidup dalam kesederhanaan diuji hebat oleh Allah tanpa dia memintanya. Awalnya sahabat ini hampir tersungkur dan sesiapa sahaja yang berada ditempatnya pasti akan turut merasai keperitan ini. Musibah yang datang tidak pernah putus tatkala diuji sebegini hadir sesorang yang mampu membuat sahabat ini tenang dan menampakkan sedikit cahaya untuk meneruskan kehidupan yang normal. Namun harapan untuk terus bersama rakan ini tidak lama kerana sahabat ini meneruskan tugasannya di selatan tanah air.

Jiwa sahabat ini masih terumbang ambing. Katanya, ketika itu dia hanya berserah kepada Allah. apa yang berlaku akan dihadapinya dengan penuh ketabahan. "Sekiranya kita benar-benar menyerahkan seluruh kehidupan dan urusan kepada Allah, pasti tidak akan kecewa. Allah ada untuk mendengar resah gelisah jiwa hambaNya." itulah kata-kata yang terungkap dari bibir kawan saya.

Kini, sahabat ini bersyukur kerana segala ujian yang menimpa sebenarnya merupakan jalan menuju kejayaan. Jika dahulu sahabat ini merupakan seseorang yang tidak minat belajar, namun akhirnya timbul satu kesedaran dan beliau kini bergelar seorang pensyarah. Niatnya adalah untuk memperluaskan ilmu yang dimiliki agar dapat digunakan oleh setiap insan.

Nasihat sahabat ini, supaya sentiasa dekatkan diri dengan Allah kerana hanya DIA tempat kita bergantung. Perbanyakan amalan sunat disamping amalan yang wajib, paling di ingatkan adalah supaya tidak meninggalkan solat dan sentiasalah berdoa kepada Allah.

"Apabila Allah S.W.T cepat memakbulkan doamu, maka DIA menyayangimu.
Apabila Allah S.W.T lambat mengabulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu.
Apabila Allah S.W.T tidak memakbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu."






UBAT JIWA YANG GELISAH

Pada suatu hari seorang lelaki datang bertemu dengan sahabat Nabi s.a.w yang bernama Ibnu Mas'ud r.a untuk meminta nasihat.

Katanya, "Wahai Ibnu Mas'ud, berilah nasihat yang dapat kujadikan ubat bagi jiwaku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari ini, akau berasatidak tenteram, jiwaku gelisah dan fikiranku kusut; aku tidak berselera makan dan tidak nyenyak tidur."

Maka Ibnu Mas'ud menasihatinya, " Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu ke tiga tempat; ke tempat orang yang membaca Al-Quran, engkau baca Al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya. Engkau juga boleh pergi ke majlis-majlis ilmu yang mengingatkan hati kepada Allah, atau engkau cari masa serta tempat yang sunyi dan engkau berkhalwat menyembah Allah. Contohnya seperti di tengah malam, di saat orang sedang nyenyak tidur, engkau bangun mengerjakan solatmala, memohon kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurniaan hati. Seanadainya jiwamu tidak terubat denga cara ini, engkau minta kepada Allah agar diberiNya hati yang lain, sebab hati yang kamu pakai itu, bukan lagi hatimu."

Setelah pulangke rumah, sahabat itu mengamalkan nasihat yang diberikan. Dia mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan khusyuk. Selepas itu, dia merasai jiwanya aman dan tenteram, fikirannya tenang dan kegelisahannya hilang.

Sumber: Majalah IMAN (Bil: 1, 2012) dan Kita Tenggelam Dalam Nafsu (Sofian Resali)

0 comments:

Post a Comment