WELCOME TO THIS PAGE!!!

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi ilmu akan berkembang jika di gunakan..

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah dari melaksanakan sepotong pesanan...

8 ADAB MEMBACA AL-QURAN

Friday, March 30, 2012



Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: القرآن al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.

Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (Al-Hijr 15:9)

SUMBER: Wikipedia





Al-Quran merupakan kitab suci bagi umat Islam. Rata-rata umat Islam telah di didik oleh ibubapa untuk mempelajari bacaan ayat-ayat suci ini sejak kecil lagi. Dalam bab membaca Al-Quran ini, turut dikongsikan beberapa adab yang perlu di ikuti.


1 DALAM KEADAAN BERWUDUK
Kita hendaklah sentiasa berada dalam keadaan berwuduk, beradab dan tenang. Boleh dibaca secara berdiri atau duduk (bergantung kepada keselesaan), mengadap kiblat, menundukkan kepala, tidak duduk bersilang kaki,bersandar atau duduk seperti orang sombong dan takbur.
Allah memuji mereka yang mengingatiNya dan memikirkan kejadian langit serta bumi. Bermula dengan berzikir, berdiri, duduk mahupun berbaring.
namun, membaca Al-Quran tanpa wuduk atau dalam keadaan berbaring tidak menjadi kesalahan, tetapi pahalanya berkurang.


2 MEMBACA AL-QURAN SETIAP HARI
Anda digalakkan membaca Al-Quran setiap hari, sama ada banyak atau sedikit. beberapa pejuang Islam seperti Usman Bin Affan, Zaid Bin Thabit, Ibnu Mas'ud dan Ubai Bin Ka'ab khatam Al-Quran pada setiap hari Jumaat.


3 MEMBACA DENGAN TARTIL ATAU MENGELOKKANNYA DENGAN TAJWID DAN LAGU
Cara ini dapat membantu kita memahami dan meneliti tafsirannya. Misalnya, Ummu Salamah, sering mencontohi baginda iaitu membaca al-Quran seolah-olah mentafsirnya secara huruf demi huruf.
Sementara itu Ibnu Abbas berkata, membaca al-Quran secara tartil dan memahami maksudnya lebih baik daripada membaca keseluruhan al-Quran tanpa mengetahui makna.


4 MENANGIS KETIKA MEMBACANYA
Apabila membaca dengan tartil dan memahami maksudnya, hati akan tersentuh. Terutamanya apabila memikirkan tentang janji Allah terhadap mereka yang mengikuti suruhan-Nya dan melanggar perintah-Nya.


5 MEMBERIKAN HAK PADA SETIAP AYAT YANG DIBACA
Setiap ayat al-Quran ada haknya. Misalnya apabila membaca surah Sajadah, kita hendaklah membuat sujud tilawah. Begitu juga sekiranya mendengar ia dibaca oleh orang lain juga kita perlu membuat sujud tilawah.
Namun begitu, ia mestilah dilakukan dalam keadaan berwuduk. Caranya denagn bertakbirratul ihram, lalu bertakbir untuk sujud sajadah dan sesudah sujud, takbir sekali lagi, kemudian duduk dan memberi salam.


6 MULAKAN DENGAN MEMBACA AYAT YANG BERMAKSUD:
"Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam"
(A'uzubillahiminasyaitannirrajim)

Setelah membacanya anda boleh meneruskan bacaan ayat seterusnya. dan apabila sampai kepada ayat tasbih, hendaklah bertasbih dan bertakbir. apabila tiba pada ayat yang berbentuk doa dan memohon keampunan, berdoalah dan pohonlah keampunan daripadaNya terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan.
Apabila membaca ayat yang menceritakan tantang janji Allah berbentuk kebaikan, mintalah perlindungan dan rahmatNya. Apabila membaca ayat-ayat yang menerangkan tentang azabNya, maka pohonlah agar dilindungi dan dijauhi seksaan. Ia boleh dilakukan dengan cara melafazkan atau sekadar lintasan di dalam hati.


7 MEMBACA DENGAN SUARA YANG RENDAH
Bagi mengelakkan wujudnya perasaan riyak, anda digalakkan supaya membaca denga suara yang randah. Bagaimanapun anda boleh membacanya dengan suara yang nyaring, asalkan tidak mengganggu orang lain, terutamanya yang sedang bersolat.


8 MENGINDAHKAN DENGAN MEMBACA SECARA TERTIB DAN TIDAK TERLALU PANJANG
Elakkan membaca tertalu panjangsehingga merosakkan susunannya. Ini disunatkan oleh agama.Rasullah s.a.w pernah mendengar Abu Musa al-Asy'ari melagukan al-Quran,lalu baginda bersabda, "Sesungghuhnya oran itu dikurniakan suara seperti seruling keluarga Daud".
Dalam satu riwayat lain mengatakanbahawa Rasullullah s.a.w berkumpul dalam satu majlis, baginda menyuruh salah seorang daripada mereka membca al-Quran dengan suara yang nyaring


SUMBER: Majalah IMAN Bil. no 2, 2012/ Ade Irma Suryani Che'Leh

0 comments:

Post a Comment