Sunday, March 18, 2012
Dalam mengharungi kehidupan yang sementara di dunia ini, manusia tidak akan pernah terlepas dalam diuji dengan pelbagai masalah, musibah atau kekecewaan. Ianya menjadi salah satu lumrah dalam kehidupan yang sementara ini. Ujian yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada hambaNya hanyailah untuk menguji sejauh mana kekuatan iman seseorang itu. Ingatlah!!! Tuhan tidak akan memberikan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya..
Ini mengingatkan saya mengenai satu kisah dimana seorang sahabat karib yang merupakan seorang yang peramah dan mudah mesra dengan seseorang. Dalam satu peristiwa yang tidak dijangkakan dia telah diketemukan dengan seorang gadis yang asalnya dianggap sebagai teman.
Namun dalam pertemuan itu, telah terbit satu perasaan yang tidak langsung disangkakan akan datang. Akhirnya, luahan jujur kepada gadis itu seakan-akan punya rentak yang sama. Seolah-olah ada jawapan dan punya harapan. Pertemuan mereka tidak diketahui sesiapa kerana perhubungan mereka adalah memlalui jaringan teknologi moden seperti facebook, telefon dan email. sangat sukar bagi rakan lain untuk mengesan rentak mereka. Hati berbunga kerana mungkin ini gadis yang dicari selama ini.
Gadis itu banyak memberi harapan. Setiap tutur kata dan dan tingkah laku gadis itu telah membuatkan perasaan sayang semakin bertambah dan apabila dikhabarkan bahawa keluarga si gadis itu bersetuju andai dirinya menjadi pilihan hati. lagilah dia melonjak gembira.
Namun, harapan setinggi gunung itu seakan-akan mula hancur seperti muntahnya larva gunung berapi dari mulut gunung. Mencurahkan segala yang disimpan tanpa arah tuju. Gadis itu menyatakan dirinya tidak bersedia apabila lamaran untuk menjadikan gadis itu sebagai isteri di zahirkan. Akalnya bingung, dan akhirnya dia tersungkur.Benar, langkah nya menjadi lemah semula. barangkali ini sekadar satu ujian dari Allah S.W.T
Pada petang itu, dia memandu kereta sendirian tanpa hala tuju, dan apabila tiba di hadapan sebuah masjid dia tersentak dengan laungan azan Zohor. Hati kecilnya terdetik untuk melangkah ke masjid yang mana pada suatu ketika dahulu masjid akan dikunjungi apabila solat Jumaat dan pada hari-hari tertentu sahaja. Dengan menunaikan solat Zohor berjemaah, umpama memberikan ketenangan yang tidak pernah dimiliki.
Disuatu sudut, dia sedang termenung memikirkan kisah silamnya. Tanpa ada guruh dilangit, tanpa ada ribut taufan namun tiba-tiba tanpa disedari hujan mula membasahi pipinya. Cepat-cepat disapu air mata itu denga lengan bajunya.
"Ya Allah, dugaan apakah yang Engkau berikan kepadaku ini? Keikhlasan yang aku berikan dibalas dengan kesedihan. ENGKAU biarkan mereka bergelak ketawa, tetapi aku ENGKAU biarkan berluka lara. Pedihnya YA Allah." antara rintihanya kepada Sang Pencipta.
"Sesungguhnya, ALLAH tidak menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah. Jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya ALLAH akan melipat gandakannya dan memberikan pahala yang besar." -Surah an-Nissa' : 40
Sejak hari itu hatinya mula nekad untuk berubah. Peristiwa silam dijadikan sebagai pengajaran. walaupun hatinya masih belum sembuh sepenuhnya. Sahabat-sahabat menjadi penguat semangatnya. Video-video ceramah agama yang terhidang dalam jaringan youtube antara makanan rohaninya selain menghadirkan diri dalam kuliah agama. Al-Quran mula menjadi bahan bacaannya.
Fahamlah dia. rupanya Allah S.W.T mahu mengujinya apakah benar cintanya itu. Apakah disebalik kekurangan dan kelemahan, dia masih boleh memilih cinta-NYA daripada cinta manusia? Mungkin juga Tuhan memberikan ujian ini kerana rindu akan rintihan hambaNya.
Kadangkala pasti timbul dibenak fikiran kenapa Tuhan mempertemukan kita dengan seseorang? Adakah kita dipertemukan dengan orang yang salah? Jawabnya TIDAK. Pertemuan dengan sesorang itu merupakan salah satu titik persingahan bagi kita untuk menuju ke sesuatu destinasi. (artikel penuh klik di sini)
"Apabila ALLAH ingin memberikan kebaikan pada hambaNya, dia akan mulakan dengan musibah." Benar kata-kata ini. Kadang kala kita menyangka sesuatu yang dilalui buruk bagi kita. Sedangkan ALLAH telah menyediakan sebuah kebaikan untuk kita, cuma kita shaja yang tidak tahu bila dan bagaimana.
"Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu benar-benar yakin akan dimakbulkan. Dan ketahuilah olehmu bahawa ALLAH tidak akan mengabulkan doa dari hati yang lalai dan tidak bersungguh-sungguh." H.R Tirmizi & al-Hakim
Sesungguhnya ALLAH adalah penyelamat ketika kita derita cuma cara dan masanya yang berbeza. Memang kita menhadapi keperitan itu, kita mudah mengeluh. Ada kala kita fikir mengapa perlu dilalui derita ketika orang lain hidupnya senang-lenang. Mewah dan bahagia berbanding kita.
Berdoalahdan mengadu kepadaNya. DIA maha Mengetahui keadaan kita. Malah kepadaNya kita perlu memohon jalan keluar. Percayalah....di sebalik derita itu, Allah telah menyiapkan sebuah keindahan kepada kita.
nota: penulis juga pernah di uji dengan cabran yang sedemikian rupa, dalam tempoh itu hadir seorang rakan lama "memberikan" sebuah video ( seperti dibawah) untuk dikongsikan bersama.
Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan NASIB diri disini..............
Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan.........
Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya..............
"JANGAN BERSEDIH, SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA!!"
0 comments:
Post a Comment