Wednesday, August 3, 2011
Disetiap pelosok dunia ada sahaja bayi yang baru dilahirkan sama ada di China, India mahupun Malaysia. Bukankah setiap saat, bayi dilahirkan di seluruh dunia? namun tahukah anda, kehadiran seorang byai bertuah itu akan mencipta satu rekod apabila saat tersebut menjadi detik di mana jumlah manusia di bumi mencapai angka 7 Billion orang!!!
Walaupun tidak dapt dipastikan apakah jantina, bangsa, agama dan negara asal bayi itu, penyelidik statistik kependudukan dunia yakin yang kemungkinan besar ia berlaku di India...Kenapa India? India mempunyai jumlah kelahiran bayi tertinggi didunia setiap tahun dangan statistik sebanyak 27 juta orang!!! Manakal negara China pula mencatat jumlah kelahiran 6.3 juta setahun...(fuyooo...jual tongkat ali kt sana komfom laku..hehehe)
Soal pertambahan penduduk yang begitu mendadak bukan suatu isu, tetapi apa yang menjadi perbincangan adalah sama ada bumi kita mampu menangung sebegitu ramai manusia, dan apakah cukup makanan untuk semua??
Berapa lamakah bumi ini dapat menampung sebegitu ramai manusia??? tidak ramai ahli sains, pakar alam sekitar dan pakar ekonomi juga bijak pandai dalam pelbagai bidang terlepas pandang daripada membincangkan tentang penduduk dunia yang akan mencapai 7 billion ini.
Walaupun kita tidak dapat menyelesaikan masalah ini, namun saya menyeru rakan-rakan sekalian untuk berfikir bagaimanakah jadinya dunia ini menjelang 2050 nanti, apabila penduduk dunia mencapai 9 billion pula. kita harus mengambil tahu perkara ini walaupun kemungkinan ketika itu kita sudah tua.
Kebimbangan yang patut dirasai ini wajarlah dikongsikan bersama. beberapa fakta yang tercatat dibawah ini mungkin mencetuskan sedikit kesedaran untuk kita semua menyumbang bakti kecil dalam memelihara kesejahteraan bumi ini.
"Ingatlah, kita hanya ada satu bumi"
- PENDUDUK MALAYSIA HAMPIR 28 JUTA!!!
Berdasarkan kepada kadar pertumbuhan penduduk sekarang iaitu 2.1 peratus setahun, penduduk Malaysia akan dijangka mencapai 33 juta menjelang tahun 2020 dan 70 juta menjelang 2100. wooooww...
- PENDUDUK BERTAMBAH, MASALAH PUN BERTAMBAH....
Dengan bertambahnya penduduk dunia, pasti akan bertambah juga masalah. Ini antara perkara yang membimbangkan semua orang. Jika pertambahan penduduk tidak dapat dielakkan, maka sudah pasti masalah yang akan mengiringi turut sukar untuk dielakkan, antaranya adalah:
- Pemusnahan alam sekitar akibat penerokaan hutan bagi tujuan membina penempatan dan kawasan perindustrian.
- Lebih banyak sampah akan terhasil sehingga terpaksa membina insinerator atau relung pembakar sampah.
- Memerlukan lebih banyak bekalan tenaga untuk kediaman, perindustrian, dan insinerator, dengan itu lebih banyak stesen janakuasa terpaksa dibina dan boleh mengakibatkan simpanan minyak dan gas lebih banyak digunakan, dan mungkin akan kehabisan.
- lebih banyak pencemaran alam sekitar akan berlaku.
- Penerokaan hutan dan pencemaran air menyebabkan sumber air bersih berkurangan.
- Bertambahnya penyakit sosial- jenayah dan sebagainya.
pencemaran yang tidak terkawal...
- ADAKAH MAKANAN MENCUKUPI??
Bumi sebenarnya terlebih makanan. Menurut satu laporan Pertanian dan Pemakanan PBB 2007, pengeluaran makanan dunia telah bertambah sebanyak 30 peratus sejak Perang Dunia Ke-2. Negara Arab Saudi yang merupakan negara padang pasir misalnya, berada dalam tempat ke-10 dalam pengeluaran gandum. Menurut laporan itu lagi, pengeluaran pertanian bertambah sebanyak 2.3 peratus setiap tahun, iaitu tiga kali ganda lebih besar berbanding tahun 60-an, malah melebihi pertambahan penduduk dunia sebanyak 1.7 peratus setahun.
Jika begitu adakah bumi kekuranga makanan? sebenarnya negara-negara Barat terutama Amerika Syarikat banyak menggunakan barangan keluaran dunia iaitu sebanyak 81 peratus. Negara-negara maju di Barat juga menggunakan 50 peratus simpanan minyak dunia sedangkan mereka hanya mengeluarkan sebanyak 25 peratus sahaj daripada simpanan minyak dunia.
ikan sebagai sumber protein negara..=)
- MASALAH KEBULURAN SENTIASA MENINGKAT!!!
Setiap hari 25 000 orang mati (10 juta setahun) di 36 negara yang mengalami kebuluran. Statistik menunjukkan kebuluran berlaku di negara-negara yang 70 peratus rakyatnya bergantung kepada pertanian.
Akibat kemarau yang berpanjangan dang melampau, tanaman akan mati dan ekoran itu sumber makana kehabisan dan berlakunya kebuluran.
Masalah kekurangan makanan dan kebuluran bukan berpunca daripada pengeluaran makanan yang rendah atau pertambahan penduduk di negara dunia ke tiga mahupun negara membangun, tetapi ketidaksamarataan pengagihan dan keupayaan mendapatkan akses kepada sumber makanan, sedangkan negara-negara makmur dan maju sentiasa menghulurkan bantuan makanan.
Bayangkan berapa banyak pesawat dan kenderaan diperlukan untuk menghantar makana keseluruh pelusuk 36 buah negara yang mengalami kebuluran setiap bulan. Rintangan lain adalah sebab-sebab politik seperti perbezaan fahaman politik, pemimpin bersifat kuku besi, berpuak-puak, rasuah dan perang.
masalah kebuluran yang serius..
- BEKALAN AIR BERSIH AKAN BERKURANGAN?
Sejak 50 tahun kebelakangan, penggunaan air bersih meningkat sebanyak 3 kali ganda akibat pertumbuhan penduduk dunia saban tahun.
Permintaan terhadap air bersih bagi keperluan harian turut meningkat, seiring dengan pertumbuhan sektor perindustrian dan pertanian. Malangnya, bekalan atau sumber air bersih semakin berkurangan hari demi hari akibat pencemaran industri serta pembuangan sampah, pemusnahan alam sekitar dan pembaziran.
pencemran air daripada pelbagia aktiviti..
anak-anak sudah berkempen, bagaimana kita??
0 comments:
Post a Comment