WELCOME TO THIS PAGE!!!

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi ilmu akan berkembang jika di gunakan..

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah dari melaksanakan sepotong pesanan...

NUZUL AL-QURAN

Friday, August 12, 2011

Pada tarikh 17 Ogos 2011 atau bersamaan 17 Ramadhan merupakan hari cuti kepada negeri Selangor,Kelantan,Perak,Terengganu,Pahang,Pulau Pinang dan Perlis (jika salah fakta sila betulkan) bersempena dengan NUZUL AL-QURAN. Pada tahun ini Nuzul Al-Quran jatuh pada hari Rabu.



Apakah itu Nuzul Al-Quran???

Nuzul Al-Quran adalah hari yang penting dan bersejarah bagi umat Islam kerana pada malam Jumaat, 17 Ramadhan inilah dikatakan Al-Quran diturunkan buat pertama kali ketika Nabi Muhammad S.A.W sedang bertahannus (berkhalwat/menyendiri) di Gua Hira'. setelah peristiwa itu, ayat-ayat Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagai mana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.

Gua Hira' merupakan tempat dimana cahaya wahyu Al-Quran yang pertama dalam sejarah Islam.


Perkataan "Nuzul" bermaksud turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran merupakan mukjizat terbesar yang diberikan kepada Nabi Muhammad dan ia juga memberi makna terbesar kepada umat Islam terutama kepada mereka yang mendalami kitab ini.

"Al-Quran" bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran.
Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)" (Al-An’am:38)


Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud;

"Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa:

“Ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”

SUMBER: JAKIM

0 comments:

Post a Comment