WELCOME TO THIS PAGE!!!

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi ilmu akan berkembang jika di gunakan..

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah dari melaksanakan sepotong pesanan...

ANDA STRESS???

Wednesday, October 6, 2010


Dalam kehidupan harian manusia pasti ditimpa pelbagai masalah yang memerlukan ketabahan dalam menghadapinya. Masalah yang timbul akan mematangkan lagi diri individu berkenaan. Pelbagai masalah sering diungkapkan, bagi pelajar kebanyakan masalah adalah berkaitan dengan wang,pengurusan masa,cinta,kekeluargaan dan hubungan dengan pensyarah.

Daripada pemerhatian dan luahan rakan-rakan, didapati semakin bayak masalah yang ditanggung oleh seseorang menyebabkan berlakunya tekanan atau "Stress". Stress boleh diatasi dengan mudah jika kita mnegetahui pengetahuan mengenainya.

Definisi 'Stress' atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar.

"Sesuatau keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut"
(Robbins,1993)

Stress adalah normal dan berlaku kepada setiap manusia. namun jika stress tidak dikendalikan dengan baik maka ia boleh membebankan kita.

Antara tanda-tanda stress adalah:
  • Terlalu runsing

  • Tidak boleh santai

  • Rambut keguguran

  • Sukar tidur

  • Enggan kerjasama

  • Tindakan mengambil dadah

  • Emosi tidak stabil

  • Takut menghadapi masalah

  • Sistem imun badan lemah

  • Pernafasan kencang

  • Sakit jantung

  • Sakit kepala
  • Darah tinggi
Untuk menangi stress pelbagai kaedah boleh dilakukan. Stress hanya dapat diatasi oleh diri sendiri melalui semangat yang kental. Antara strategi menanagi stress adalah:
  • Muhasabah diri

  • Kemahiran pengurusan kendiri iaitu perangacang yang sistematik dari segi masa dan kegiatan harian

  • Pengurusan emosi iaitu dalam memahami situasi yang berlaku dan emosi itu dilepaskan dengan cara yang sihat

  • Kemahiran menyelesaikan masalah. jika anda tidak berkemahiran rujuk kepada mereka yang dapat membantu

  • Jaga kesihatan fizikal dengan mengamalkan makanan yang bergizi seimbang, beriadah, kurangkan beban kerja dan sebagainya

  • Aktiviti/hobi. ini boleh dilakukan dengan bercuti, memancing dan menziarahi saudara mara

Untuk menagani stress plebagi kaedah sering diguna pakai, antaranya adalah dari sudut Kerohanian. Kerohanian adalah faktor penting stress. Cara terbaik ialah merapatkan hubungan diri dengan Allah S.W.T iaitu melalui solat, zikir, munajat, meditasi, berguru, dan berbincang dengan rakan.

Jika ada yang ingin melakukan Proses Meditasi berikut adalah beberapa langkah yang disyorkan:

  1. Tutup mata selama 10 hingga 20 minit

  2. Pusatkan perhatian kepada sesuatau rangsangan
  3. Proses meditasi berlaku sebaik sahaja fikiran kita 'mengembara atau pun bergerak'

  4. Adakalanya fikiran kita mengembara jauh dari rangsangan asal

  5. Kemudian kembali ke rangsangan asal di mana penumpuan diberi dengan baik

Jika yang ingin bermunajat pula, berikut adalah beberapa saranan yang boleh di cuba:

  1. Bernafas perlahan-lahan

  2. Letakkan tapak tangan kanan ke arah kiri dada (bahagian jantung)

  3. Tumpukan fikiran untuk pembersihan rohani kebahagian jantung dan hati

  4. Pejamkan mata dan mulailah dengan zikir munajat atau mendengar melalui kaset

Tadi adalah proses penguranag stress secara kerohanian dan ia boleh dicuba dengan seberapa kerap yang anda mahu. Ini pula adalah strategi mengurangkan stress dari Aspek Fizikal yang mana boleh mengurangkan tekanan:

  1. Diet

  2. Urut

  3. Mandi air suam/berendam kolam air panas

  4. Menangis

  5. Bermain

  6. Menjerit

Akhir sekali dapat disimpulkan bahawa stress adalah sesuatu yang normal dan boleh menyebabkan berlakunya perubahan terhadap diri setiap individu dan perkara ini bolh di atasi oleh diri sendiri. Bagi mereka yang tidak berkeyakian untuk menghadapi stress, disarankan agar anda berjumpa dengan mereka yang profesional seperti kaunselor.

Sekian.....:-)






0 comments:

Post a Comment