WELCOME TO THIS PAGE!!!

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi ilmu akan berkembang jika di gunakan..

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah dari melaksanakan sepotong pesanan...

Pengurusan Maritim, Universiti Malaysia Terengganu

Tuesday, August 2, 2011

Pengenalan

Fokus utama program ini tertumpu kepada aktiviti yang berlaku di sektor pengangkutan maritim dan logistik dengan menekankan kepada pengurusan perkapalan, perlabuhan dan dan pengurusan marin. Pengangkutan kargo melalui laut yang mencapai kepada tahap kira-kira 85% pengangkutan kargo negara adalah strategik kepada kepentingan nasional dan sistem pengangkutan lain, tidak ketinggalan juga diliputi sama dalam program ini. Program ini melengkapkan graduan dengan pengetahuan liberal seperti komunikasi interpersonal, teknologi multimedia, pemikiran kreativiti, ilmu pengurusan am dan pengurusan yang berkaitan dengan maritim dan perlabuhan. Program ini adalah program yang julung kali ditawarkan di IPTA dan ianya dirancang khusus berdasarkan kepada keperluan sumber manusia dan sektor maritim negara. Dengan kompetensi dalam bidang-bidang pengurusan, operasi maritim, undang-undang laut dan pengangkutan, para graduan akan menjadi eksekutif/pengurus pengangkutan maritim dan logistik yang kompeten dalam sektor pengangkutan negara. Bukan itu saja, mereka boleh berkecimpung dalam bidang sektor awam seperti Jabatan Laut, Kementerian Pengangkutan, Akademi Laut Malaysia dan Institut Maritim Malaysia.

Fungsi

  • Menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan ( Maritim ) untuk menerajui penyelidikan dan pelbagai aspek pengurusan dan pembangunan industri maritim.
  • Selain itu, Menawarkan dan mengendalikan proses pengwujudan pengkalan data serta sebagai penyebar maklumat berkenaan dengan pengurusan maritim.

Program yang ditawarkan

  1. Sarjana Muda Pengurusan (Maritim)

Keterangan Program

1. Sarjana Muda Pengurusan (Maritim)

Fokus utama program ini tertumpu kepada aktiviti yang berlaku di sektor pengangkutan maritim dan logistik dengan menekankan kepada pengurusan perkapalan, pelabuhan dan pengurusan marin. Pengangkutan kargo melalui laut yang mencapai kepada tahap kira-kira 85% pengangkutan kargo negara adalah strategik kepada kepentingan nasional dan sistem pengangkutan lain tidak ketinggalan juga diliputi sama dalam program ini. Program ini melengkapkan graduan dengan pengetahuan liberal seperti komunikasi interpersonal, teknologi multimedia, pemikiran kreativiti, ilmu pengurusan am dan pengurusan yang berkaitan dengan maritim dan pelabuhan. Program ini adalah program yang julung kali ditawarkan di IPTA dan ianya dirancang khusus berdasarkan kepada keperluan sumber manusia dalam sektor maritim negara.

Dengan kompetensi dalam bidang-bidang pengurusan, operasi maritim, undang-undang laut dan pengangkutan, para graduan akan menjadi eksekutif/pengurus pengangkutan maritim dan logistik yang kompeten dalam sektor pengangkutan negara. Bukan itu sahaja mereka boleh juga berkecimpung dalam bidang sektor awam seperti Jabatan Laut, Kementerian Pengangkutan, Akademi Laut Malaysia dan Institut Maritim Malaysia.

Kelayakan Masuk

a) Syarat Am Kemasukan Universiti

  1. Lulus SPM/setaraf dengan baik.
  2. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf.
  3. Mengambil Malaysian University English Test (MUET).
  4. Lulus dalam peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Pengajian Am/Kertas Am, dan Gred C dalam dua (2) mata pelajaran lain.

atau

Mempunyai kelulusan Diploma atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

atau

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00

b) Syarat Khas Program

a) Kelayakan Minimum Calon STPM

  1. Mendapat Gred B- (NGMP 2.67) dalam salah satu mata pelajaran berikut di peringkat STPM: Geografi, Ekonomi, Perakaunan, Matematik atau Pengajian Perniagaan.
  2. Kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM atau Gred C (NGMP 2.00) dalam Matematik di peringkat STPM.
  3. Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

b) Kelayakan Setaraf

Matrikulasi atau diploma dalam bidang yang sesuai dari institusi yang diiktiraf.

Alamat

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi:

Jabatan Pengurusan Maritim
Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin (FMSM)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
21030 Kuala Terengganu
Terengganu, MALAYSIA
Tel : +609-6683149
Faks: +609-6683193
Emel :

0 comments:

Post a Comment