WELCOME TO THIS PAGE!!!

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi ilmu akan berkembang jika di gunakan..

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah dari melaksanakan sepotong pesanan...

SOLAT ISTIKHARAH

Sunday, August 7, 2011

"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan"


Pelbagai dugaan dan cabaran sering dihadapi dalam kehidupan seharian kita. Sebagai manusia kita tidak lari dari menghadapi pelbagai masalah yang mana ia merupakan satu irama dalam kehidupan. Apabila berlaku sesuatu kemusykilan yang memaksa kita membuat keputusan yang tepat agar tidak mendatangkan keburukan kelak tetapi ia sukar untuk ditentukan.

Kita sebagai manusia yang lemah tidak dapat mentafsir apakah keputusan yang bakal diambil itu akan membawa kebaikan atau keburukan kelak. Hanya Allah S.W.T yang yang mengetahui perkara yang akan datang. Jadi dalam menentukan apakah keputusan dan tidakan yang patut diambil, wajarlah kita sebagai hambaNya mendapatkan pertolongan dari Allah S.W.T. melalui Solat Istikharah.

Didiklah anak-anak untuk solat seawal mungkin, bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah dari rebungnya".


Istikharah membawa makna "pilih". Solat Istikharah ialah memohon kepada Allah agar memberi petunjuk bagi kita membuat pilihan, walaupun pada akhirnya perkara atau pekerjaan itu baik. Kadang-kadang disebalik yang baik pada zahirnya itu mengandungi sesuatu yang tidak diingini, sedangkan kita tidak mengetahuinya.

Dengan mengerjakan solat sunat Istikharah dua rakaat, InsyaAllah kita akan mendapat petunjuk sama ada melalui perasaan, pengetahuan, atau pemikiran. Sekiranya pada perasaan kita perkara atau pekerjaan itu boleh membawa akibat yang buruk atau kerugian, maka janganlah dilakukan. Dengan itu keburukan atau kerugian dapat dielakkan.

Jangan jadikan sejadah sebagai perhiasan atau hadiah perkahwinan semata-mata


Terdapat hadis Rasulullah s.a.w yang menggalakkan solat Istikharah, yang bermaksud:

"Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya."


Rasulullah s.a.w juga bersadba yang bermaksud:

"Diriwayatkan oleh Ibni Sunni daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Apabila kamu bercita-cita untuk mengerjakan sesuatu, maka hendaklah kamu meminta pilih (solat Istikharah) daripada Allah sebanyak tujuh kali. selepas itulihatlah apa yang digerakkan pada hati oleh Allah mendahulukannya, kerana sesungguhnya kebaikan itu ada pada apa yang didahulukan."

Mohonlah keampunan dari yang Maha Esa kerana kita tidak lari dari melakukan dosa.


Solat Istikharah boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, siang atau malam. sebaik-baiknya solat ini dikerjakan apabila menghadapi sesuatu paerkara atau perkerjaan atau pun cita-cita.

Bilangan rakaat solat Istikharah adalah dua sahaja. Tetapi ada ulama yang membuat 12 rakaat (enam kali salam).

Rukun dan syarat-syarat sah solat serta bacaan wajib di dalam solat, adalah sama dengan solat-solat yang lain.



Lafaz dan niatnya adalah seperti berikut:
(Sahaja aku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala)


Mengenai bacaan Surah, Tasbih dan lain-lain, terdapat beberapa kaedah yang telah disusun oleh para ulama. Dua di antara kaedah tersebut adalah:

Kaedah I
  1. Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, baca ayat Al-Kursi (7 kali)
  2. Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat kedua, baca surah Al-Ikhlas (11kali)
  3. Dalam sujud yang terakhir, baca tasbih/doa berikut sebanyak 40 kali:
Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah S.W.T perkara yang ingin diketahui atau dilihat.

4. Setelah selesai membaca Tahiyat dan memberi salam, bacalah doa berikut:

Kaedah 2
  1. Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, baca Surah Al-Kafiruun (1 kali)
  2. Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat ke dua, baca Surah Al-Ikhlas (1 kali)
  3. Selepas selesai memberi salam, bacalah doa seperti dalam Kaedah I di atas.


Ayuhlah sama-sama kita mengerjakan solat Istikharah apabila kita perlu membuat sesuatu keputusan. Amalan ini merupakan salah satu amalan yang sering dilakukan oleh Rasullullah S.A.W. Jika seorang rasul yang diberi banyak mukjizat oleh Allah selalu solat Istikarah, apakah kita yang tidak mempunyai sebarang kelebihan tidak ingin mengamalkan sunnah ini? jadi kita sama-sama jadikan amalan ini sebgai salah satu amalan apabila kita menghadapi suatu peristiwa yang memerlukan kita membuat pilihan samaada semasa memilih jodoh, tempat pengajian, pekerjaan, memilih pembantu rumah dan sebagainya.

Kaabah : Merupakan kiblat umat Islam dan ia merupakan tempat berhimpunnya umat Islam bagi mengerjakan fardhu Haji.


BAHAN RUJUKAN: Amalan dan Ibadat Seharian, susunan Haji Johari Haji Alias dan beberapa sumber rujukan lain.

2 comments:

mR.sTylO said...
This comment has been removed by the author.
mR.sTylO said...

i miss to be there when i see kaabah picture..hope i will there for a second time to make Haji..

Post a Comment