WELCOME TO THIS PAGE!!!
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi ilmu akan berkembang jika di gunakan..
Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah dari melaksanakan sepotong pesanan...
nuffnang_bid = "6570ad09983890c3e3beec195774fabb";
AHLI HIKMAH BERKATA MENGENAI TAUBAT
- Bagi hamba yang bertaubat, apabila dirasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang belum terhakis.
- Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati golongan soleh daripada mendekati mereka yang fasik.
- Apabila dirasakan di dalam diri telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab ALLAH S.W.T
- Apbila melihat dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap ALLAH S.W.T. Sebaliknya sedikit pun tidak terlalu sibuk menguruskan rezeki yang telah dijamin olehNya.
- Sungguhpun sedikit rezeki yang diperolehi di dunia, namun ia tetap melihatnya banyak. Walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya, tetapi ia tetap berasa sedikit.
- Apabila melihat pada diri yang sentiasa menjaga lidah dan pengucapan, sering bertafakur serta selalu berada dalam keadaan sedih lagi menyesal.
Sayidina Umar menyatakan bahawa:
"Janganlah engkau jadi orang ynag berjaya. Tapi,jadilah orang yang berakhlak. Orang yang berjaya belum tentu berakhlak,tetapi orang berakhlak pasti akan berjaya"
Sumber dipetik dari buku "Kita Tenggelam Dalam Nafsu"- Sofian Resali
APABILA MEMANDANG KE BELAKANG.....
Betapa banyak kecuaianku yang tersembunyi,
Sedangkan ENGKAUlah mengasihani dan mengurniakan untukku,
Apabila aku fikirkan penyesalanku ke atas perkara ini,
Aku menggigit jari-jariku dan aku menggertakkan gigiku,
Aku menjadi cair,
Aku menjadi cair dengan perhiasan dunia ini,
Aku menjadi cair denagn perhiasan dunia ini sebagai fitnahnya,
Aku juga telah merugikan sepanjang umurku dengan hanya berangan-angan,
Orang ramai menyangkakan aku ni baik sedangkan aku ini adalah orang yang terhina,
Aku tidak memiliki apa-apa helah melainkan pengharapanku,
Wahai ALLAH....
Ampunkanlah dosa-dosa kami dan kuniakan kami inayah
supaya kami bertaubat.
Begitulah bertapa indahnya sebuah syair Arab yang penuh dengan maksud yang tersirat. Jika kita renungkan betapa seorang insan ini keliru dengan pujian dan pengharapan orang lain. Orang menyangkakan dirinya sebagai seseorang yang baik sedangkan dia menyedari dirinya adalah seorang yang terhina. Namun, jahil hidup lampaunya tidak pernah luput dalam ingatan. Segala kesalahan dan dosa yang lalu hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui bagaimana hidupnya yang penuh dengan kegelapan. Terjebak dengan dosa dan noda!!!!
Dalam sebuah cerita dimana Sayidina Umar pernah mengalami kisah yang sedemikian rupa. Pada suatu hari seorang sahabat Rasulullah s.a.w melihat beliau menangis dan kemudian tertawa denga sebab yang tidak jelas. Lalu dia bertanya kepada Sayidina Umar mengenai kelakuan itu. Kemudian Sayidina Umar menjawab:
"Dahulu aku dan orang Quraisy sangat membenci anak perempuan. Sewaktu menerima khabar bahawa aku bakal mendapat anak perempuan dan kelahirannya semakin dekat, kebencianku kian membuak-buak. Aku pendam perasaan itu, aku bersabar hinggalah usianya mencapai 6 tahun.
"Aku tidak dapat menahan lagi. Aku membawanya ke padang pasir dan mengali lubang. anak perempuanku menyangka aku membawanya bermain-main. Lalu dia turut sama menggali lubang itu. Kemudian aku mula menimbusnya dengan pasir.
" Dia masih belum mengetahui akan niatku. Dia mungkin masih ingat aku ingin bermain-main dengannya. Dia tolong mengibaskan pasir-pasir daripada janggut dan pakaianku, tetapi akhirnya aku menimbusnya hidup-hidup tanpa rasa belas kasihan. Inilah kehidupan kami sebelum kehadiran Nabi Muhammad s.a.w. Kami memuliakan anak lelaki dan menghina anak perempuan bahkan membunuh mereka hidup-hidup. Maha Besar TUHAN, Maha Baik TUHAN yang menghantar Rasulullah s.a.w yang meletakkan perempuan pada tempat yang mulia. Marilah kita bersyukur atas nikmat ini. Itulah kisahnya. Apabila aku teringat kisah ini, aku menangis".
Itu kisah seorang yang mulia di sisi Islam. Sahabat Rasulullah s.a.w yang telah dijamin kedudukannya di syurga kelak. Tetap mengingati segala dosa dan kejahilannya pada suatu ketika dahulu. Tetapi setelah beliau mengenal Islam, seglanya telah berubah.
Kata orang, seandainya dosa dapat dilihat, pasti kita dipenuhi dengan noda. Seandainya pula pahala itu dapat dilihat, pasti diri diliputi rasa riyak. Maka, muhasabah diri adalah penting supaya kita sentiasa ikhlas dalam beramal, tanpa cuba mengimpikan sanjungan dan pujian orang lain.
#Ibnu Mas'ud pernah berkata:
" Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandangnya seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidung sendiri"
CARA MEMANDANG SAUDARA KITA
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatnya masih lagi memberi kesempatan untuk menulis sedikit perkongsian buat renuangan bersama. Dalam sebuah buku bertajuk "KITA TENGGELAM DALAM NAFSU" hasil tulisan Sofian Resali (salah seorang penulis dalam I Luv Islam) terdapat satu bahagian yang menarik untuk dikongsikan bersama para sahabat iaitu:
Seorang ulama besar iaitu Syeikh Abdul Kadir al-Jailani pernah berpesan agar kita sentiasa 'memeriksa' diri. Semoga ia dapat memberikan manfaat dalam melayari kehidupan ini. Begitu juga supaya dapat memajukan diri.
Beliau berkata:
"Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu. Ucapkanlah dalam hatimu, "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan mulia".
"Jika bertemu anak kecil, maka ucaplah dalam hatimu, "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku."
"Jika bertemu orang tua, maka ucaplah dalam hatimu, "Dia telah beribadat kepada Allah jauh lebih lama daripadaku, tentu dia lebih baik daripadaku".
"Jika bertemu dengan orang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu, "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperoleh, mencapai kedudukan yang tidak akan kucapai, mengetahui apa yang tidak kutahui dan mengamalkan ilmunya. Tentu dia lebih baik daripadaku".
"Jika bertemu dengan orang jahil, maka katakanlah dalam hatimu, "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu) sedangkan aku bermaksiat kepadaNya dan aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik daripadaku".
"Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah dalam hatimu, "Aku tidak tahu bagaimana keadaanya kelak, mungkin pada akhir usianya, memeluk Islam dan beramal soleh. Mungkin boleh jadi pada akhir usiaku kufur dan berbuat buruk."
Itulah antara kata-kata seorang ulama besar mengenai bagaimana kita harus pandang seseorang. Jika sebelum ini kita sering kali memandang seseorang dengan merasakan diri kita lebih hebat, ayuh kita sama-sama ubah sikap atau perangai lama itu. Akhir kata, mari kita sama-sama renungkan kata-kata hikamah dari Sayidina Ali Bin Abi Talib iaitu:
"SESIAPA YANG MENGHIASI DIRINYA DENGAN SIKAP INSAF, NESCAYA IA AKAN SAMPAI KEPADA MARTABAT ORANG YANG MULIA"
InsyaALLAH...