WELCOME TO THIS PAGE!!!

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi ilmu akan berkembang jika di gunakan..

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah dari melaksanakan sepotong pesanan...

AHLI HIKMAH BERKATA MENGENAI TAUBAT

Sunday, April 15, 2012


Seorang ahli hikmah di tanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima ALLAH S.W.T atau sebaliknya? Maka dijawab, ini adalah urusan ILAHI. Kita tidak berupaya menentukannya tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya seperti berikut:

  1. Bagi hamba yang bertaubat, apabila dirasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang belum terhakis.
  2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati golongan soleh daripada mendekati mereka yang fasik.
  3. Apabila dirasakan di dalam diri telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab ALLAH S.W.T
  4. Apbila melihat dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap ALLAH S.W.T. Sebaliknya sedikit pun tidak terlalu sibuk menguruskan rezeki yang telah dijamin olehNya.
  5. Sungguhpun sedikit rezeki yang diperolehi di dunia, namun ia tetap melihatnya banyak. Walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya, tetapi ia tetap berasa sedikit.
  6. Apabila melihat pada diri yang sentiasa menjaga lidah dan pengucapan, sering bertafakur serta selalu berada dalam keadaan sedih lagi menyesal.


Sayidina Umar menyatakan bahawa:

"Janganlah engkau jadi orang ynag berjaya. Tapi,jadilah orang yang berakhlak. Orang yang berjaya belum tentu berakhlak,tetapi orang berakhlak pasti akan berjaya"



Sumber dipetik dari buku "Kita Tenggelam Dalam Nafsu"- Sofian Resali

0 comments:

Post a Comment