WELCOME TO THIS PAGE!!!

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi ilmu akan berkembang jika di gunakan..

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah dari melaksanakan sepotong pesanan...

APABILA MEMANDANG KE BELAKANG.....

Sunday, April 15, 2012


Betapa banyak kecuaianku yang tersembunyi,
Sedangkan ENGKAUlah mengasihani dan mengurniakan untukku,

Apabila aku fikirkan penyesalanku ke atas perkara ini,
Aku menggigit jari-jariku dan aku menggertakkan gigiku,

Aku menjadi cair,
Aku menjadi cair dengan perhiasan dunia ini,
Aku menjadi cair denagn perhiasan dunia ini sebagai fitnahnya,
Aku juga telah merugikan sepanjang umurku dengan hanya berangan-angan,

Orang ramai menyangkakan aku ni baik sedangkan aku ini adalah orang yang terhina,
Aku tidak memiliki apa-apa helah melainkan pengharapanku,

Wahai ALLAH....
Ampunkanlah dosa-dosa kami dan kuniakan kami inayah
supaya kami bertaubat.

Begitulah bertapa indahnya sebuah syair Arab yang penuh dengan maksud yang tersirat. Jika kita renungkan betapa seorang insan ini keliru dengan pujian dan pengharapan orang lain. Orang menyangkakan dirinya sebagai seseorang yang baik sedangkan dia menyedari dirinya adalah seorang yang terhina. Namun, jahil hidup lampaunya tidak pernah luput dalam ingatan. Segala kesalahan dan dosa yang lalu hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui bagaimana hidupnya yang penuh dengan kegelapan. Terjebak dengan dosa dan noda!!!!




Dalam sebuah cerita dimana Sayidina Umar pernah mengalami kisah yang sedemikian rupa. Pada suatu hari seorang sahabat Rasulullah s.a.w melihat beliau menangis dan kemudian tertawa denga sebab yang tidak jelas. Lalu dia bertanya kepada Sayidina Umar mengenai kelakuan itu. Kemudian Sayidina Umar menjawab:

"Dahulu aku dan orang Quraisy sangat membenci anak perempuan. Sewaktu menerima khabar bahawa aku bakal mendapat anak perempuan dan kelahirannya semakin dekat, kebencianku kian membuak-buak. Aku pendam perasaan itu, aku bersabar hinggalah usianya mencapai 6 tahun.

"Aku tidak dapat menahan lagi. Aku membawanya ke padang pasir dan mengali lubang. anak perempuanku menyangka aku membawanya bermain-main. Lalu dia turut sama menggali lubang itu. Kemudian aku mula menimbusnya dengan pasir.

" Dia masih belum mengetahui akan niatku. Dia mungkin masih ingat aku ingin bermain-main dengannya. Dia tolong mengibaskan pasir-pasir daripada janggut dan pakaianku, tetapi akhirnya aku menimbusnya hidup-hidup tanpa rasa belas kasihan. Inilah kehidupan kami sebelum kehadiran Nabi Muhammad s.a.w. Kami memuliakan anak lelaki dan menghina anak perempuan bahkan membunuh mereka hidup-hidup. Maha Besar TUHAN, Maha Baik TUHAN yang menghantar Rasulullah s.a.w yang meletakkan perempuan pada tempat yang mulia. Marilah kita bersyukur atas nikmat ini. Itulah kisahnya. Apabila aku teringat kisah ini, aku menangis".

Itu kisah seorang yang mulia di sisi Islam. Sahabat Rasulullah s.a.w yang telah dijamin kedudukannya di syurga kelak. Tetap mengingati segala dosa dan kejahilannya pada suatu ketika dahulu. Tetapi setelah beliau mengenal Islam, seglanya telah berubah.

Kata orang, seandainya dosa dapat dilihat, pasti kita dipenuhi dengan noda. Seandainya pula pahala itu dapat dilihat, pasti diri diliputi rasa riyak. Maka, muhasabah diri adalah penting supaya kita sentiasa ikhlas dalam beramal, tanpa cuba mengimpikan sanjungan dan pujian orang lain.


#Ibnu Mas'ud pernah berkata:

" Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandangnya seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidung sendiri"

0 comments:

Post a Comment