WELCOME TO THIS PAGE!!!
AHLI HIKMAH BERKATA MENGENAI TAUBAT
- Bagi hamba yang bertaubat, apabila dirasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang belum terhakis.
- Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati golongan soleh daripada mendekati mereka yang fasik.
- Apabila dirasakan di dalam diri telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab ALLAH S.W.T
- Apbila melihat dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap ALLAH S.W.T. Sebaliknya sedikit pun tidak terlalu sibuk menguruskan rezeki yang telah dijamin olehNya.
- Sungguhpun sedikit rezeki yang diperolehi di dunia, namun ia tetap melihatnya banyak. Walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya, tetapi ia tetap berasa sedikit.
- Apabila melihat pada diri yang sentiasa menjaga lidah dan pengucapan, sering bertafakur serta selalu berada dalam keadaan sedih lagi menyesal.

APABILA MEMANDANG KE BELAKANG.....


CARA MEMANDANG SAUDARA KITA
8 ADAB MEMBACA AL-QURAN
Friday, March 30, 2012
UBAT JIWA YANG GELISAH
Wednesday, March 21, 2012

JANGAN BERSEDIH
Sunday, March 18, 2012
who am I?
Monday, March 12, 2012
Puasa Sunat Syawal (Puasa 6) vs Menjaga Hati Orang
Wednesday, August 31, 2011
"Penting jaga hati orang lain berbanding ibadat sunat"
Secara tradisinya, sambutan Aidilfitri di Malaysia disambut selama sebulan. Kemeriahan penganjuran rumah terbuka sedikit sebanyak mempengaruhi amalan berpuasa sunat Syawal hingga ada yang keliru antara keperluan menerima undangan atau meneruskan amalan berpuasa.
Suasana sambutan yang masih kuat pada hari raya kedua, ketiga dan berikutnya membuatkan sebahagian masyarakat memilih untuk berpuasa pada Syawal kedua secara berterusan selama enam hari sukar untuk diamalkan.
Menurut ulama, pahala puasa enam hari Syawal akan diperoleh sama ada ia dilakukan secara terpisah atau berturut-turut tetapi keutamaan diberikan kepada orang yang bersegera melakukannya.
Dalam Sunan at-Tirmizi, diriwayatkan oleh Ibn al-Mubarak bahawa dia lebih suka berpuasa sunat Syawal pada awalnya. Namun, Imam San’ani dalam kitabnya Subulus Salam menyatakan, tiada dalil khusus menyebut ia perlu dilakukan pada awal bulan Syawal.
Pendapat ini dilihat sesuai dengan keadaan umat Islam di Malaysia yang masih kuat menyambut raya pada hari raya kedua, ketiga dan seterusnya. Malah, amalan ziarah-menziarahi, jamuan makan masih berterusan, apatah lagi kita perlu memenuhi undangan serta menerima kunjungan saudara.
Diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri, katanya: “Aku menyediakan makanan untuk Rasulullah SAW dan apabila ia disajikan seseorang berkata: Aku berpuasa. Rasulullah SAW bersabda: Saudara kamu menjemput kamu (untuk makan) dan dia telah bersusah payah membuatnya. Bukalah puasamu dan berpuasalah pada hari lain jika kamu mahu.”
Diriwayatkan bahawa Abu Juhaifah berkata: “Abu Al-Darda’ datang dan beliau telah membuat beberapa makanan untuknya (untuk Salman). Maka Abu Darda berkata: Makan. Sesungguhnya aku berpuasa. Salman berkata: Aku tidak akan makan sehingga kamu makan. Maka dia pun makan. Kemudian Abu Darda berjumpa Nabi saw dan memberitahu Baginda perkara itu lalu Nabi SAW berkata: Benarlah kata Salman.” (Hadis riwayat Bukhari dan Tirmizi).
Ini memberi gambaran kepada kita kepentingan menjaga hati dan perasaan tetamu mahu pun tuan rumah itu suatu yang amat dituntut. Malah, ia lebih penting daripada ibadat sunat. Namun, situasi ini bukanlah suatu yang mengikat.
Boleh juga diteruskan puasa bagi mana-mana individu yang berasakan tiada masalah dan tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Kerana sabit dalam hadis ini situasi dalam melihat fiqh awlawiyat antara hukum wajib meraikan hati orang lain dan sunat berpuasa.
Kerap juga timbul isu menggabungkan niat puasa antara puasa ganti dan puasa sunat Syawal. Terdapat perselisihan pandangan dalam permasalahan ini. Pendapat pertama, boleh digabungkan kedua-dua niat itu.
Pendapat kedua pula menegah menggabungkan niat puasa ganti dan puasa sunat Syawal tetapi membenarkan sesiapa yang ingin melakukan terlebih dulu puasa sunat Syawal kemudian digantikan puasa Ramadan pada waktu lain.
Manakala, pendapat ketiga pula melarang digabungkan niat serta mewajibkan diganti terlebih dulu puasa Ramadan barulah dituruti dengan puasa sunat Syawal. Ketiga-tiga pendapat ini pendapat dalam kalangan ulama yang muktabar.
Jika diteliti ketiga-tiga pendapat ini, pendapat golongan ketiga itu lebih kuat berbanding pendapat sebelumnya. Namun, Islam tidak memberatkan umatnya dengan bebanan yang tidak mampu dilakukan.
Bagi kes tertentu hingga kepada masyaqqah yang berat seperti wanita kedatangan haid, nifas serta hutang puasa yang terlalu banyak, menyukarkan mereka untuk berpuasa sunat Syawal maka boleh menurut pandangan golongan pertama dan kedua. Namun saranan untuk mengikut pendapat yang paling kukuh itu lebih perlu diutamakan.
Semoga keluasan fiqh ini tidak membebankan umat menggapai rahmat yang tersembunyi dalam perbezaan kalangan ulama. Beramallah dengan ilmu supaya ketepatan menurut sunnah Rasul itu terpelihara. Semoga amalan kita diterima Allah SWT.
SOLAT SUNAT TASBIH
Monday, August 29, 2011
Sekiranya dilakukan sembahyang tasbih pada siang hari maka disembahyang empat rakaat dengan satu salam sementara jika di lakukan pada malam maka hendaklah disembahyangkan dua rakaat dengan satu salam kemudian dua rakat lagi satu salam.
1. Mulakan sembahyang sunat tasbih dengan niat.
Ini niat sembahyang tasbih empat rakaat أصلي سنة التسبيح اربع ركعات لله تعالي maka lintaskan didalam hati sahaja aku sembahyang sunat tasbih empat rakaat kerana Allah تعالي
Ini niat sembahyang tasbih dua rakaat أصلي سنة التسبيح ركعتين لله تعالي maka datangkan niat dalam hati sahaja aku sembahyang sunat tasbih dua rakaat kerana Allah تعالي.
2. Baca doa’ iftitah (الله أكبركبيرا والحمد لله كثيرا ) hinga selesai.
3. Baca al- fatihah.
4. Baca surah (ألهاكم التكاثر) hinga selesai.
5. Dibaca lima belas kali tasbih ini (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).
6. Rukuk dan baca tasbih rukuk kemudian baca tasbih ini sebanyak sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).
7. A’tidal dan baca tasbih sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).
8. Sujud pertama baca tasbih sujud kemudian baca tasbih ini sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).
9. Duduk antara dua sujud dan baca (رب اغفر لي وارحمني واجبرني) hinga selesai kemudian dibaca tasbih ini sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).
10. Sujud kedua dibaca tasbih sujud kemudian dibaca tasbih ini sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).
11. Bangkit dari sujud dan duduk istiraha (berehat sebentar) dibaca tasbih ini sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).
Kemudian bangkit pada rakaat kedua
1. Baca Al-Fatihah.
2. Baca surah (والعصر) hinga selesai.
3. Dibaca lima belas kali tasbih ini (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).
4. kemudia ikut atoran diatas dari No. 6 hinga No. 10.
5. kemudia bangkit dari sujud dan duduk tahyat dan dibaca tahyat dan selawat kemudian dibaca tasbih ini sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم). Kemudian beri salam jika disembahyangkan pada malam dan diperbuat dua rakaat lagi dan dibaca pada rakaat pertama selepas fatihah (قل يا أيها الكافرون) hinga selesai dan di ikut aturan di atas dari No. 5 hinga No. 11. Kemudian bangkit rakaat kedua dibaca (قل هو الله أحد) hinga selesai kemudia ikut atoran seperti di atas pada rakaat kedua.
Setiap serakaat tujuh puluh lima kali tasbih jadi keseluruhan tasbihnya tiga ratus kali tasbih.




