WELCOME TO THIS PAGE!!!

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi ilmu akan berkembang jika di gunakan..

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah dari melaksanakan sepotong pesanan...

DISEBALIK TABIR: TIDUR

Saturday, August 6, 2011


Kartun pun perlu tidur yang cukup ke...?

Tidur secara umumnya bermakna berada dalam keadaan tidak sedar dengan mata terpejam/tertutup kerana berehat. Tidur yang cukup dan berkualiti amat penting dalam memastikan keadaan tubuh badan sentiasa sihat.

Bukan hanya manusia sahaja yang memerlukan tidur, tetapi burung, ular, dan pelbai hidupan lain juga tidur. Benarkan kita perlu tidur 8 jam sehari? sebenarnya jumlah waktu tidur yang berkualiti bergangtung kepada usia, pekerjaan dan keadaan fizikal induvidu berkenaan.

Waktu untuk tidur juga berbeza antara setiap orang. Bagi pengawal keselamatan, sudah pasti waktu tidur mereka berbeza dengan manusia normal. Bagaimana pula dengan pelajar atau mahasiswa?? Perlukah mereka mengurangkan waktu tidur untuk menalaah pelajaran?? Situasi ini adalah realiti dimana pelajar atau mahasiswa akan berjaga malam @"stay up" untuk belajar.


Beginikah keadaan mahasiswa kita? hehehe..

Terdapat pelbagai pandangan dimana mereka ini perlu mengambil tidur yang cukup bagi memastikan otak mereka berada dalam keadaan yang cerdas.

Waktu malam adalah waktu yang sesuai untuk tidur. Menurut pendapat ulama dan pakar perubatan, waktu tidur yang baik adalah pada pertengahan malam iaitu lebih kurang jam 10 malam. Kita tidak seharusnya tidur apabila selepas Subuh hingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak. Tidur pada waktu begini tidak memberi manfaat kepada manusia tetapi boleh mendatangkan mudarat dan makruh hukumnya.

Pasti kita pernah mendengar orang tua kata,
"Jangan tidur selepas solat Subuh,nanti susah dapat rezeki".


CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA YANG DIAMALKAN OLEH RASULULAH S.A.W.
  • Tidur diawal waktu malam sesudah menunaikan solat Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan berwuduk.
  • Bangkit diawal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi (gosok gigi), berwuduk dan solat tahajjud.
  • Kemudiaan tidur semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
  • Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri dibahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.
  • jangan lupa untuk baca doa sebelum tidur.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
  • Awal-awal pagi selepas terbit matahari.
  • Selepas waktu Asar.
  • Tidur dibawah cahaya matahari walaupun terkena separuh badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
  • Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
  • Merosakkan warna kulit.
  • Melemahkan jantung.
  • Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
  • Melemahkan badan dan tenaga syahwat.
  • melemahkan kecerdasan akal.

Tidur tanpa mengira tempat pun xelok kn..

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
  • Bersihkan tubuh terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum tidur.
  • Hindarkan dari tidur lewat malam.
  • Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil selepad terjaga dari tidursebelum turun katil.
  • Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja baru bangun dari tidur.
  • Cucilah muka terutamanya bahagian kelopak mata dengan air suam.
  • Ambil wuduk dan solat Subuh.

Kat tempat kje rse nk tdo, tp bla dh kt umah ase nk kerje lak...isyk2

Antara sedar atau tidak, tidur sebenarnya mempengaruhi metabolisma dan merangsang daya penyerapan. Oleh hal yang demikian itu, banyak tidur juga tidak sihat untuk tubuh badan. Ini kerana tubuh kita menyerap wap-wap kotor di udara.

Jumlah tidur yang banyak bukan menjadikan kita lebih bersemangat, malah menjadikan tubuh kita lemah. Mereka yang banyak tidur akan mematikan hati, memberatkan badan, membazirkan masa, mewarisi sifat kemalasan dan kelalaian. Menurut hukum juga, tidur yang banyak hukumnya adalah makruh di sisi Allah.

Jom...tidur!!!!! hehehehe...

bahan rujukan: Buku yang ditulis oleh Ust. Azahari Ibrahim yang merupakan seorang ustaz disekolah menengah penulis suatu ketika dahulu. Ilmu yang dimiliki beliau sering kali dikongsikan dengan hati yang ikhlas.

0 comments:

Post a Comment