WELCOME TO THIS PAGE!!!

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi ilmu akan berkembang jika di gunakan..

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah dari melaksanakan sepotong pesanan...

Murtad vs Ilmu

Thursday, August 11, 2011

Baru-baru ini gempar dengan isu Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam selangor (JAIS) menyerbu gereja Methodist Damansara Utama di petaling Jaya. Dalam serbuan berkenaan 12 orang muslim didapati menghadiri majlis yang diselitkan dengan perkataan Al-Quran.

dipetik dari SUMBER

Majlis itu dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disyaki berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan percuma kepada golongan miskin atau menghadapi masalah kewangan sebelum memesongkan akidah mereka. Sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan. Pendedahan itu dibuat beberapa individu yang pernah menyertai program sama dan seorang daripadanya ditahan dalam serbuan itu.

Dalam akhbar tempatan turut didedahkan seorang ibu tunggal yang menjadi mangsa pujukan gereja akibat daripada kesempitan hidup yang dialami oleh mereka.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
petikan akhbar
"PUJUKAN GEREJA"
NUR mendakwa kerap dihubungi gereja untuk diberikan bantuan

SEREMBAN: Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara berterusan untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk tidak lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di Rahang, dekat sini sejak Disember lalu. Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal.
Katanya, pada mulanya dia berat hati tetapi selepas memikirkan nasib anak-anak yang masih bersekolah, dia menerima bantuan dihulurkan dalam bentuk makanan keperluan harian setiap bulan sejak April tahun lalu.

“Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah dihadapi. “Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak. “Bagaimanapun, sejak Januari lalu, saya turut menolak semua bantuan yang diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampangan, di sini, semalam. Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan suami lalai memberi nafkah. Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera dan juga buku sekolah tadika. “Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat bantuan sebelum ini. “Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya amat tertarik dengan satu artikel yang berbunyi "Banyak usaha pujuk umat Islam murtad" dimana Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata bukan sahaja ramai umat Islam memeluk kristian tetapi juga agama Hindu terutama seperti saudara baru (India Muslim). Pernah suatu ketika beliau mendedahkan tentang jumlah umat Islam yang murtad tetapi ia tidak diendahkan.


“Apabila saya dedahkan laporan Persatuan Paderi Malaysia yang mengisytiharkan lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008, tiada tindakan diambil, malah kata saya itu didustakan." -Mufti Perak-



Pada pandanga saya, isu ini mungkin telah lama bertapak di negara kita tetapi tidak disedari atau tidak diendahkan, tektik yang lick ini kemungkinan besar telah lama disasarkan kepada mereka yang goyang pegangan agama, golongan pengemis, remaja-remaja liar dan orang-orang yang bermasalah kewangan. Siapakah golongan yang bermasalah kewangan?? mungkin orang-orang miskin, penduduk luar bandar, ibu tunggal, anak-anak yatim dan tidak mustahil pelajar-pelajar di IPT.

Pihak musuh Islam secara halus akan mengenal pasti mereka dan mendekati mereka yang bermasalah, memberi khidmat nasihat, memberi bantuan makanan dan tempat tinggal dan mungkin juga ada yang memberi kemudahan pengangkutan. Modus operandi mereka adalah sama disetiap tempat, tidak kira di bandar-bandar atau di desa kerana orang yang bermasalah ada di setiap pelosok tempat.


Umat Islam tidak akan sesat selagi mereka berpegang teguh pada Al-Quran dan sunnah.


Ayuh kita sama-sama memerhati dan mendedahkan kepada umum mengenai isu murtad ini kerana jika ia tidak dibendung, maka lebih ramai umat Islam mungkin akan di murtadkan. Dalam bebrapa hari lalu saya dimaklumkan oleh seorang rakan mengenai taktik yang digunakan oleh pihak kafir untuk menyesatkan umat Islam iaitu melalui laman blog...

Apa yang dimaksudkan oleh rakan saya adalah kesilapan menaip url mungkin akan membawa kita ke page yang lain..
Sebagai contoh : apabila anda mengakses sesuatu blog seperti greenrod.blogspot.com anda akan menjumpai page yang asal.

Tetapi jika anda tertinggal untuk menaip huruf "S" pada perkataan blogspot, anda akan tersesat ke sebuah web yang lain.
Contohnya anda menaip, greenrod.blogpot.com dimana huruf "S" ditinggalkan akan akan menjumpai web "Mega site of Bibble studies and information".
Ini terbukti benar, jika anda menaip "aaaa.blogpot.com" atau "bbbbb.blogpot.com" pasti anda akan menjumpai page yang sama.

Cuba bayangkan jika anak-anak yang sering menggunakan internet tersasar ke page ini, mungkin ia boleh mengelirukan dan memesongkan akidah anak-anak apabila mereka membaca artikel berkenaan.

ISLAM will dominate the world!!!


Mari kita sama-sama membantu umat-umat Islam yang tidak berpengetahuan, yang hidup susah, yang tiada pembelaan dengan bersedekah dan memberi maklumat-maklumat berguna mengenai cabaran global yang cuba mengugat umat Islam. Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka (sehingga hari kiamat) kepada mereka yang ingin bertaubat atas segala dosa yang dilakukan.

Tanggung jawab untuk mengukuhkan institusi agama Islam tidak hanya bergantung kepada pihak kerajaan, majlis agama Islam, NGO, Persatuan-persatuan semata-mata tetapi menjadi tanggungjawab setiap orang Islam. Dalam institusi keluarga itu sendiri, bapa yang memikul tanggung jawab sebagai ketua keluarga harus menjalankan peranan untuk mendidik, menasihati dan mengukuhkan ilmu agama dalam diri isteri dan anak-anak.


"Sampaikanlah ilmu walaupun satu ayat"

kerana dengan ilmu seseorang itu akan berjaya samaada di dunia dan diakhirat. tanpa ilmu manusia akan jahil dan apabila kejahilan bertambah maka amat mudahlah untuk musuh Islam menyesatkan dan merosakkan jiwa kita.

"Jika kita mahukan kejayaan di dunia kita perlu berILMU, jika kita mahukan kejayaan di akhirat kita perlu berILMU, jika kita mahukan kejayaan di dunia dan akhirat maka kita perlu berILMU"

Sejauh manakah kita berusaha untuk mencari ilmu dan menyebarkan ilmu? Islam menuntut umatnya agar berusaha untuk mencari ilmu sejak kecil lagi kerana ilmu dapat membantu manusia mengharungi hidup. Dengan adanya ilmu maka ia perlu diamalkan dan disebarkan.


Ingatlah, apabila matinya seseorang itu maka putuslah segala hubungannya kecuali doa anak yang soleh, ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah!!! tidak rugi kita menyebarkan ilmu kerana ia boleh menjadi saham akhirat. Walapun kita telah lama meninggal dunia, tetapi ganjaran akan terus diperolehi apabila ilmu yang kita sebarkan diamalkan oleh orang lain.

Semoga dengan berbekalkan ilmu yang cukup, akal fikiran yang waras, dan pegangan agama yang kuat IMAN kita tidak akan goyang dengan cubaan untuk memurtadkan umat Islam. Ilmu adalah cahaya penyuluh hidpu manusia.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah kelemahan dan kejahilan saya sendiri. Doakan agar saudara-saudara Islam kita akan selamat dari cubaan untuk di murtadkan...InsyaAllah...


0 comments:

Post a Comment